Apa yang sistem kutipan yuran patut buat
Kebanyakan pusat masih kutip yuran dengan buku resit, pindahan bank dan tangkap layar di WhatsApp. Masalahnya bukan duit tak masuk, tetapi tak tahu duit siapa yang masuk. Sistem yang baik selesaikan tiga perkara:
- Invois automatik. Yuran bulanan setiap murid dijana pada tarikh yang sama setiap bulan.
- Bayaran yang dikenal pasti. Setiap invois ada pautan bayaran sendiri, jadi bayaran FPX terus ditanda pada murid yang betul.
- Resit dan peringatan. Resit bernombor siri dihantar sebaik dibayar, dan peringatan hanya pergi kepada yang belum bayar.
Sistem kutipan yuran lawan buku resit dan Excel
| Buku resit / Excel | Jelasbil | |
|---|---|---|
| Tahu siapa belum bayar | Semak satu-satu | Satu senarai, dikemas kini sendiri |
| Padankan pindahan bank | Teka dari nama di penyata | Pautan bayaran setiap invois |
| Resit | Tulis tangan atau taip | Dihantar automatik |
| Adik-beradik | Kira diskaun sendiri | Satu pautan sekeluarga |
Berapa kosnya
Pelan Percuma adalah percuma untuk sehingga 15 murid. Pelan berbayar bermula RM49 sebulan. Caj FPX ialah RM1 bagi setiap bil yang dibayar, dan secara lalai ditanggung oleh ibu bapa. Butiran penuh di halaman harga.
Sesuai untuk siapa
Pusat tuisyen, tadika dan taska yang kutip yuran bulanan daripada ibu bapa dan mahu berhenti mengejar bayaran satu-satu. Pusat dengan beberapa cawangan boleh guna pelan Cawangan.